Sinopsis Khilaf Yang Tertulis

Misha (Fasha Sandha), seorang suri rumah yang hidup kesepian walaupun serba cukup dan mewah. Kesetiaan Misha mula teruji apabila akhir-akhir ini mula merasakan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada suaminya.

Firdaus (Zamarul Hisham) jarang bersamanya kerana tuntuan kerja sebagai Jurutera di Syarikat Pelantar Minyak. Mereka hanya bertemu seminggu selepas berbulan-bulan berada di laut. Mereka juga dikurniakan tiga orang anak iaitu Yana (Puteri Balqis), Rizal (Danish Hazriq), dan Aman (Rafique Iskandar).

Hasil terlalu banyak menghabiskan masa di sosial media, Misha mula mempunyai skandal iaitu Nordin (Fadlan Hazim). Nordin tempat dia bermanja dan meluahkan rasa kesepiannya. Misha mula bahagia sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.